Senin, 12 September 2011

Dracula,kisah pembantaian umat Islam


Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula

paradigma mukmin
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat. Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan  seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna , kisah Dracula dikupas secara tuntas. Dalam buku ini dipaparkan bahawa Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul.
paradigma mukmin
Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristien, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua – dua kerajaan tersebut berusaha  merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia . Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib,  Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang  sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
paradigma mukmin
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :
“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram. Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu. Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”
Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
“Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
paradigma mukmin
paradigma mukmin
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya. Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkaraini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya. Dan, sehingga saat ini di Romania , Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri  Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.
Utusan Sultan Mehmed II di castle Vlad Dracul
Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyak masyarakat, khususna umat Islam sendiri yang mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.  Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.
Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.
Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib,  sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.
Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam.  Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini .
Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang palinghebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar